ahlan_wasahlan


Wednesday 16 November 2011

Solid Food For My Little Hadif

Dah lama x update blog ni..hampir 2 bulan.. sibuk berkursus & pindah rumah.. lani sibuk mengumpul resepi untuk si kecil.. maklumlah pemakanan bayi berbeza dgn org dewasa yg boleh makan apa sahaja.. Alhamdulillah, Hadif dah masuk 10 bulan.. terasa sekejap je masa berlalu.. lani menu untuk Hadif boleh dipelbagaikan, banyak resepi daripada ibu2 yg berpengalaman aku dapat contohnya dari blog http://foods4tots.blogspot.com .. lepas ni Hadif xlah muak makan bubur aje.. dah boleh makan ala org dewasa tapi masih lagi masak cara bayi iaitu tiada GULA & GARAM dalam menu..

Tuesday 16 August 2011

Pengambilan ubat untuk ibu2 menyusukan

Ibu dilarang menyusukan bayi jika mengambil ubat-ubat di bawah:

1. ubat anti-kanser
2. ubat yang mengandngi radioaktif
3. Ubat psikiatrik dan anti kekejangan
4. pengambilan dadah jenis barbiturat & diazepam
5. Sulfonamides
6. Dapsone
7. Sulfamethoxazole+trimethoprin (cotrimoxazole)
8. sulfadoxine+pyrimethamine (Fansidar)
9. antibiotik - cloramphenicol, tetracyclines, metronidazole & quinolone ( spt Ciprofloxacin )

kalau ubat2 ini, penyusuan masih boleh diteruskan dan ia selamat pd dos biasa
1. Analgesik : pengabilan singkat parasitamol, asid asetilsalisalik,ibuprofen, dos sekali-sekala morfin & pethidine
2. Antibiotik : Penisilin, klozasilin, 'erythromycin' dan ubat2an berkaitan
3. Antihistamin, antasid, digozin, insulin, bronkodilator, kortikosteroid, antihelmintik, klorokuin, antitubekular, antileprotik & antihipertensif

Tips meminimumkan kesan ubatan2an ketika menyusukan bayi 
- elak menyusukan bayi ketika kepekatan ubat di tahap paling tinggi
- jika ubat2an memberi kesan sampingan perlu diambil, berhenti menyusukan bayi untuk sementara waktu dan sambung semula kemudian 
- elak guna ubat sedatif semasa sakit hendak bersalin dan ketika bersalin.
jika penyusuan tetap juga diteruskan, kesannya baby tidak cergas dan mengantuk atau sangap ( bak kata Johorian =) )

sumber : Sentuhan Kasih, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar, Utusan Publications & Distributor SB, 2006
 

Friday 22 July 2011

Info makanan sihat untuk kanak-kanak

Boleh dikatakan cabaran terkini ibu bapa mendidik anak adalah mengajak anak makan kerana selera si kecil tidak menentu dan kadang kala, ada yang langsung tidak mahu mengambil makanan sebaliknya selesa dengan hanya minum susu semata-mata.

Meskipun susu membekalkan tenaga dan anak anda kelihatan sihat, ada antara zat mahu pun vitamin hanya boleh didapati melalui pengambil makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sehubungan itu, adalah penting bagi ibu bapa memikirkan cara tertentu untuk menarik minat anak menghadapi juadah setiap hari kerana umum mengetahui makanan daripada dapur sendiri jauh lebih selamat, terutama dari aspek kebersihan berbanding makanan yang dijual di luar kediaman sendiri.

Perunding Masakan, Rohani Jelani, berkata kanak-kanak perlu diajar mengambil makanan sihat dan ibu bapa juga wajar memujuk anak mengambil menu sihat demi kelangsungan tumbesaran serta kesihatan anak.

“Kadang kala anak tidak akan menjamah makanan yang disediakan ibu bapa kerana mereka mempunyai cita rasa sendiri sedangkan mereka perlu mengambil makanan sihat untuk tenaga dan juga proses pembesaran.

“Ibu bapa juga mungkin lebih senang menyediakan menu berdasarkan cita rasa mereka menyebabkan berlaku percanggahan pendapat dengan anak. Perlu ada penyelesaian dengan tolak ansur terutama membabitkan makanan sihat,” katanya pada bengkel Bento Naturel: Makanan Sesuai Untuk Kanak-kanak, di Bayan Indah, baru-baru ini.
Rohani berkata, kanak-kanak paling tidak suka mengambil sayur menyebabkan ibu bapa mungkin risau kerana sayur adalah antara sumber vitamin yang diperlukan tubuh badan. Begitu juga buah-buahan, kebanyakannya tidak digemari kanak-kanak.

“Kanak-kanak akan menolak makanan yang mereka tidak gemari, jadi penyelesaian yang dicadangkan adalah membuat perjanjian dengan anak supaya mereka perlu mengambil sayur sekurang-kurang sedikit setiap kali makan.

“Penyediaan makanan di dalam bento (kotak makanan) mungkin boleh membantu ibu bapa memujuk anak mereka menikmati makanan disediakan di rumah. Resipi menggunakan bahan seperti minyak masak Naturel menjadikan makanan kekal enak walaupun disimpan di dalam peti dingin beku,” katanya.

Pada bengkel berkenaan yang turut disertai oleh pihak media dan blogger, Rohani menyediakan resipi donut, kek pelangi, telur hancur udang dan bawang serta pasta tofu ayam.

Bengkel berkenaan ternyata mengujakan kerana pihak media perlu menyediakan sendiri empat resipi dengan bahan mentah, termasuk mentega dan minyak Naturel yang disediakan wakil Naturel dan Bayan Indah.

Lebih menggembirakan, penggunaan kotak bento daripada Rubbermaid memudahkan kerja menyimpan makanan selain kanak-kanak pasti tertarik untuk menikmati menu sihat dan mengenyangkan disediakan ibu bapa jika menggunakan kotak berkenaan.

Kanak-kanak perlu makan ikut piramid pemakanan

Ibu bapa sering menganggap kanak-kanak hanya perlu mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit memandangkan saiz dan usia mereka yang masih muda walaupun hakikatnya kanak-kanak juga mengambil makanan yang hampir menyamai pemakanan orang dewasa.

Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam, berkata kunci pemakanan yang betul adalah mengamalkan pengambilan makanan seimbang, sederhana dan pelbagai selain penting mengikut piramid yang disarankan kementerian kesihatan walaupun untuk kanak-kanak.

“Cara terbaik memperkasakan anak adalah melalui pemakanan kerana makanan adalah nutrisi penting yang membekalkan tenaga untuk anak sepanjang hari.

“Ibu bapa perlu tahu anak mereka juga mengambil jumlah makanan yang hampir menyamai mereka kerana kanak-kanak memerlukan tenaga untuk membesar dengan sempurna. Makanan yang mereka ambil memberi kalori, protein, kalsium dan semua vitamin yang diperlukan,” katanya.

Katanya, pemakanan yang baik akan menjadi asas penting untuk kanak-kanak membesar dengan sihat. Oleh sebab itu, mereka perlu makanan yang cukup untuk kekal sihat dan cara terbaik membekalkan anak dengan pemakanan sihat adalah mengikut piramid pemakanan.

“Kanak-kanak wajar digalakkan mengambil pemakan yang pelbagai berdasarkan warna makanan seperti oren, merah, hijau dan putih yang mana setiap warna menyumbang kepada vitamin tertentu yang diperlukan badan.

“Kentang umpamanya, kita lazim membayangkan kentang adalah kentang goreng yang dianggap makanan ringan, sedangkan kita boleh menyediakan kentang dengan menu sihat seperti memanggang atau menyediakannya dalam bentuk makanan lain seperti pegedil,” katanya.

Beliau berkata, cara lain untuk mendidik anak menikmati hidup sihat dengan pengambilan makanan yang juga membina sahsiah diri ialah sentiasa menyediakan buah-buahan yang sudah siap dipotong sebagai snek harian.

“Sentiasa sediakan buah-buahan yang sudah siap dikupas dan dipotong di rumah. Jadikan ia sebagai snek ringan di rumah. Sayuran seperti timun juga boleh dijadikan snek dengan cara memotongnya kepada saiz kecil sesuai dengan selera anak.

“Ibu bapa mendorong anak mereka mengambil buah atau sayur secara tidak langsung dan lama kelamaan mereka pasti menggemari snek sihat disediakan. Ibu bapa juga tidak digalakkan menjadikan makanan sebagai pemangkin untuk anak berkelakuan baik,” katanya.

Indra juga menasihatkan ibu bapa supaya memberi kebebasan kepada anak membuat pilihan mengenai makanan yang mereka suka dengan membawa mereka ke kedai memilih sayur, buahan dan makanan sihat lain.

“Perkasakan mereka untuk membuat pilihan dengan membiarkan mereka melihat dan memilih serta mengambil sayuran yang disukai. Galakkan mereka membuat keputusan dan terangkan kenapa mereka boleh atau tidak mengambil makanan berkenaan supaya mereka berasa teruja untuk makan,” katanya.

INFO:

# Elakkan anak mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku.

# Sentiasa sediakan buah di rumah sebagai snek ringan untuk menggalakkan anak mengambil makanan sihat.

# Beras perang baik untuk kanak-kanak kerana mengandungi bahan antioksida yang diperlukan oleh badan.

# Beras perang juga tinggi serat yang boleh mengelakkan kanak-kanak terkena serangan jantung.

# Jangan jadikan makanan ringan atau makanan segera sebagai pemangkin untuk anak melakukan sesuatu.

# Cara terbaik menyediakan makanan untuk anak adalah dengan mengikut piramid makanan Malaysia.

Piramid Makanan Malaysia (Sila lihat contoh)

Lemak, minyak, gula dan garam
(Makan sedikit)

Susu dan produk tenusu, ikan, ayam, daging serta kekacang
(Makan secara sederhana)

Sayur-sayuran dan buah-buahan
(Makan banyak)

Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian
(Makan secukupnya).

Wednesday 20 July 2011

Baby Cubes - mudah & selamat

Baby Cubes are ideal for small individual snacks, freezing homemade baby food or storing & transporting breast milk.
Bisphenol-A free & Non toxic, made of non-toxic Polypropylene Virgin raw material
May be sterilized to 200 degrees celsius.
Dishwasher, microwave & freezer safe
Flip-top Secure Lid
Freezer Tray (cubes snap onto tray)
Easily stackable in the freezer
Made in Brazil
Size: 70ml / 2oz 

You will receive:
8 x Cubes of 2 Oz each; and
1 x Tray which all the 8 cubes fit into.

FAQ
Are Baby Cubes Dishwasher safe?
Yes. Snap each individual cube in the tray and insert into dishwasher with lids open (see right illustration).
Are Baby Cubes Microwave safe?
Yes they are, to a maximum temperature of 200°C or 400°F degrees. ALWAYS KEEP LIDS OPEN WHEN DEFROSTING.
Are Baby Cubes Freezer safe?
Yes they are, to a maximum temperature of -10°C or 14°F degrees.

Is the plastic toxic?
The Baby Cubes are made of a non toxic Polypropylene Virgin raw material We do not even accept Recycled Polypropylene in the fabrication of The Baby Cubes It must be of a Virgin Raw Polypropylene so that we can be certain of the highest quality.

Can Baby Cubes be sterilized?
Yes, to a maximum temperature of 200°C or 400°F degrees without contact with the heating parts. Always keep lids open when heating or defrosting.

What happens if I fill the cubes past the fill line?
Once liquids or solids are frozen they expand and so if you have filled the cubes past the max line there is the possibility that the lids will open as the food or liquid expands inside the freezer.

Can I open the lids with a sharp object once the cubes are frozen?
No this may cause them to crack if they are forced.

If I drop or bang the cubes when they are frozen can I still use them?
No, Baby Cubes are like any other plastic material that if frozen they loose their strength and if dropped or banged they may crack. Should this happen, discard immediately.

Can I let my baby play with the Baby Cubes?
No, Baby Cubes are not a toy.

How long can baby foods safely be stored in the cubes once frozen?

Approximate Freezer storage times:
Vegetables = 6 months
Fruit = 6 months
Puree's with milk = 4-6 weeks
Fish = 10 weeks
Meat & Chicken = 10 weeks.

Do the Baby cubes contain any phthalates or bisphenol A? 
No the Baby Cubes do not contain any of these chemicals in their plastic


sumber: http://www.suri.my/store/product.php?id_product=130

Tuesday 19 July 2011

Panduan Menyediakan Makanan Bayi

1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.

2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.

3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.

4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.

5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.

6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.

7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.

8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.

9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik- baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.

10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.

11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.

12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.

13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.

14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.

15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.

sumber: http://delyela.blogspot.com/2010/04/panduan-menyediakan-makanan-bayi.html

Wednesday 13 July 2011

Menu pertama untuk my little HADIF;-)

hari ni umur HADIF genap 6 bulan 2 hari.. x sabar nak perkenalkan makanan tambahan tuk si kecilku sayang.. emm.. ada 2 menu yg nak di sediakan.. AVOKADO & CARROT.. tgk dulu, kalau avokado dah masak Hadif boleh makan dulu... sekurang2nya ada pilihan lain kalau avokado belum masak.. pagi tadi g suntik 6 bulan, macam bulan lepas juga.. nangis sikit masa jarum masuk, lepas tu boleh gelak cam biasa.. kebal sungguh anak ibu ni:-).. balik rumah Hadif tidur, so.. apalagi.. siap sedia menu la.. ermm.. nampaknya avokado dah masak.. 



x pyh nk guna blender.. lenyek2 aje cam auntie Ee cakap..pastu + breastmilk bagi cair sikit.. 

untuk 1st day ni xyah bg air masak dulu.. tgk 2 hari ni Hadif leh poo poo cam besa tak.. kalau x poo poo gak, ikut cam auntie Ee.. sebelum makan 1@2 sudu air masak & 3@4 sudu selepas makan.. belum siap sepenuhnya Hadif dah bangun.. ish camne ni? ibu lum siap lg.. nampaknya ibu kena dukung Hadif sambil buat puree la.. xpela demi Hadif cayang.. dah siap;-D.. 

"Hadif, jom mandi dulu.., pas mandi ibu suapkan Hadif ok?".. mula2 suapan pertama muka Hadif macam org tercengang jer, maklumlah x pernah makan.. minum susu ibu je.. kali kedua & seterusnya barula laju sikit nak telan.. pastu dah x sabo kalau ibu lambat suap..hehe.. 


untuk 3 hari ni, Hadif makan puree avokado dulu.. 
 
 
sabtu ni baru ibu blend carrot lak.. terasa semakin bersemangat nak buat menu yg seterusnya tuk Hadif..

Tuesday 21 June 2011

Shape Plus juga terbukti berkesan & sesuai utk breastfeeding mama:-)




Kebaikan Shape Plus Slimming Apple Juice:

Membantu Meningkatkan Kadar Metabolisma dalam badan
Menggalakkan pembakaran lemak dan menurunkan kadar kolesterol
Membantu menguatkan imun sistem dalam badan
Membantu menyingkirkan toksin dalam badan
Membantu meningkatkan kalsium pada tulang
Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukan tisu dengan menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda
Membantu melancarkan proses pencernaan dan seterusnya menurunkan berat badan
Membantu menyingkirkan selulit (lemak degil) dari lapisan bawah kulit
Meningkatkan tenaga dan badan lebih berasa cergas dan sihat
Membantu mengawal pembentukan lemak baru dalam badan
Membantu menyerikan wajah dan mengelak wajah dari menjadi kusam

Bahan-bahan kandungan Shape Plus:
Apple Mix Powder
Oligo
Soy Lecithin
Psyllium Husk
Isolated Soya
Grape Seed Powder
Apple Fiber
Palm Oil Fiber
Citrimax

Cara Pengambilan: Campurkan 1paket Shape Plus ke dalam 200ml air biasa kacau dan minum sebelum@ selepas sarapan pagi.

 

Untuk keberkesanan yang lebih cepat dan baik:
-Minum sekurang-kurangnya 2.5liter - 3liter air sehari
-Elakkan makan malam (selepas pukul 7pm)
jangan biarkan lemak bertukar menjadi penyakit..
harga:
1 box(10 peket)=rm120
2 box=rm240+free 1 box
1 peket sehari
3 box utk sebulan